Cara Solat Sunat Hajat
|
Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang
mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia
berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua
raka’at. (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna,
nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun
lambat.
Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.
Tujuannya ialah :
- Untuk mendekatkan diri kepada Allah
- Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
- Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
- Mengakui kelemah diri
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT
1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :
Maksud:
Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala
2. Pada
rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun
atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).
3. Pada
rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas
(sebanyak 1 kali atau 11 kali).
4.
Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi
dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali.
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
dari golongan orang yang aniaya.
5. Selepas
membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan
sujud)
HAJAT YANG
SESUAI DIPOHON
- Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
- Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
- Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
- Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.
Komentar
Posting Komentar